Sunday, April 26, 2009

Soalan-soalan Lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM


Apakah aktiviti MySIG?
Menjalankan sebarang aktiviti yang boleh mengembangkan ICT di Malaysia. Aktiviti utama adalah menjalankan latihan kemahiran ICT dan menjalankan R&D ICT untuk ahli-ahli.


Apakah kursus yang dilaksanakan?
Kursus dan latihan dipecahkan kepada 2 iaitu kursus panjang dan kursus pendek. Kursus panjang menawarkan sijil yang diiktiraf kerajaan yang mengambil masa 3 sehingga 6 bulan untuk dilaksanakan. Kursus pendek pula dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada R&D. Pertubuhan akan menjalankan aktiviti sekerap mungkin sekiranya sambutan yang baik.


Berapakah bayaran yang dikenakan untuk menyertai kursus?
Bayaran adalah berbeza-beza mengikut kandungan dan intensiti kursus.


Bagaimana untuk memohon untuk menyertai kursus?
Borang permohonan boleh dimuat turun dari portal MySIG. Borang ini hendaklah dicetak, diisi dan ditandatangani seterusnya difaksimilikan kepada Sekretariat.


Di manakah lokasi Sekretariat?
Maklumat boleh didapati di link Sekretariat. Sila hubungi alamat dan nombor telefon sekiranya terdapat sebarang masalah.


Siapa disebalik Sekretariat MySIG?
Sekretariat dianggotai oleh 10 orang sukarelawan dan sukarelawati untuk menjadi pengurusan MySIG. Setiap ahli boleh menyertai Sekretariat dan keahlian Sekretariat adalah terbuka. Kebanyakan ahli Sekretariat berkhidmat secara separuh masa.


Apakah kelebihan menjadi ahli Mysig?
Dari semasa ke semasa, pertubuhan sentiasa cuba meningkatkan faedah dan manfaat yang boleh diperolehi dengan menyertai pertubuhan. Sehingga kini, pertubuhan telah berjaya mendapatkan sokongan dan penajaan bagi membolehkan pertubuhan menjalankan aktiviti yang dirancang. Selain itu, ahli pertubuhan juga boleh mendapatkan diskaun bagi setiap aktiviti atau kemudahan seperti makmal, buku dan web hosting.

No comments:

Post a Comment