Sunday, April 26, 2009

Apa Itu MySIG?

APA ITU MySIG?

Pengenalan
MySIG merupakan suatu pertubuhan khidmat komuniti yang mengumpulkan tenaga-tenaga mahir industri ICT di Malaysia.

Matlamat
Dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai tenaga pakar, MySIG lebih memberi fokus khidmat kepada pembangunan ICT yang menyeluruh dan lebih komprehensif khususnya buat golongan muda yang mahu menjadikan ICT sebagai bidang kerjaya.

Sungguh pun begitu, MySIG menyediakan platform untuk tenaga mahir yang sedia ada untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran melalui konsep perkongsian pintar. Perlaksaan program MySIG adalah melalui kaedah yang lebih fleksibel dan tidak tertumpu kepada konsep maya sahaja tetapi lebih kepada latihan kemahiran melalui bengkel dan kursus.

Pendekatan dan Perlaksanaan
MySIG merupakan organisasi yang memberi penekanan kepada konsep latihan berasaskan kemahiran dan R&D.Dengan perlaksanaan konsep ini, dapat menyumbang ke arah pembangunan iktisas ICT dan juga kepada perluasan penggunaan ICT di Malaysia.

MySIG dianggotai oleh iktisas yang bekerja dalam industri ICT yang berumur 23 tahun ke atas, mempunyai kelayakan akademik dan mempunyai pengalaman kerja dalam ICT selama 2 tahun. Mereka ini dipanggil Panel Pakar. Ahli Pertubuhan biasa atau affiliate member merupakan mereka yang boleh menyertai aktiviti pertubuhan walaupun bukan berstatus ahli penuh.

Pentadbiran dan Pengurusan
MySIG mempelawa mana-mana organisasi untuk bekerjasama dalam pelbagai bentuk. Untuk memastikan pertubuhan dapat dipantau dan diuruskan dengan baik, satu jawatankuasa dipilih melalui proses undian. Di bawah Jawatankuasa, satu kumpulan khas yang dipanggil Sekretariat diwujudkan. Sekretariat bertindak sebagai pusat maklumat untuk mengkoordinasi pertubuhan termasuklah pendaftaran dan pengendalian sebarang aktiviti. Sekretariat adalah badan yang terlibat dalam penganjuran sebarang kursus dan latihan, sebagai pusat rujukan dan pengelola.

Selain Sekretariat, beberapa jawatankuasa ad-hoc juga diwujudkan dari semasa ke semasa untuk menyokong aktiviti dan perancangan jangka panjang pertubuhan.

No comments:

Post a Comment