Sunday, April 26, 2009

Senarai Aktiviti-aktiviti 2001-2004

2004

Ogos 2004

28 - 29 PCR 03/01/04 - Kursus Membaikpulih dan Membaiki Komputer Makmal Teknikal Pertubuhan

24 - 26 DSK 03/01/04 - Kursus Sistem Sokongan Asas Komputer - Kelas Malam Makmal Pertubuhan

21 - 22 RED 07/01/04 - Kursus Linux Redhat Makmal Teknikal Pertubuhan

16 - 20 LN+ 02/01/04 - Kursus Linux+ - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

14 - 15 INT 06/01/04 - Kursus Pengenalan Kepada Linux Makmal Teknikal Pertubuhan

9 - 12 A+ 02/01/04 - Kursus A+ Certification - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

7 - 8 PHP 04/01/04 - Kursus PHP & MYSQL Makmal Teknikal Pertubuhan

2 - 5 ASP 03/01/04 - Kursus Active Server Pages - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

Julai 2004

26 - 30 ASP 02/01/04 - Kursus Active Server Pages - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

24 - 25 INT 05/01/04 - Kursus Pengenalan Kepada Linux Makmal Teknikal Pertubuhan

19 - 22 RED 06/01/04 - Kursus Linux Redhat - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

17 - 18 INT 04/01/04 - Kursus Pengenalan Kepada Linux Makmal Pertubuhan

12 - 15 RED 05/01/04 - Kursus Linux Redhat - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

10 - 11 PHP 03/01/04 - Kursus PHP & MySQL Makmal Pertubuhan

5 - 9 PA+ 01/01/04 - Kursus Persijilan A+ - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

3 - 4 RED 04/01/04 - Kursus Linux Redhat Makmal Teknikal Pertubuhan

Jun 2004

28/06 - 1/07 DSK 02/01/04 - Kursus Sistem Sokongan Asas Komputer - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

26 - 27 RED 03/01/04 - Kursus Linux Redhat Makmal Teknikal Pertubuhan

21 - 25 FRP 01/01/04 - Kursus Pengenalan Microsoft FrontPage XP 2002 - Kelas Malam Makmal Pertubuhan

19 - 20 PCR 02/01/04 - Kursus Membaikpulih dan Membaiki Komputer Makmal Teknikal Pertubuhan

19 - 20 PHP 02/01/04 - Kursus PHP & MySQL Makmal Pertubuhan

14 - 17 A+ 01/01/04 - Kursus A+ Certification - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

12 - 13 RED 02/01/04 - Kursus Linux Redhat Makmal Teknikal Pertubuhan

12 - 13 PCR 02/01/04 - Kursus Membaikpulih dan Membaiki Komputer Makmal Teknikal Pertubuhan

7 - 11 LN+ 01/01/04 - Kursus Linux+ - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

5 - 6 INT 03/01/04 - Kursus Pengenalan Kepada Linux Makmal Teknikal Pertubuhan

5 - 6 PHP 01/01/04 - Kursus PHP & MySQL Makmal Teknikal Pertubuhan

1 - 3 ADB 1/01/04 - Kursus Pengenalan Adobe Photoshop 6.0 - Kelas Malam Makmal Pertubuhan

Mei 2004

29 - 30 RED 02/01/04 - Kursus Linux Redhat Makmal Teknikal Pertubuhan

24 - 27 INT 02/01/04 - Kursus Pengenalan Kepada Linux - Kelas Malam Makmal Pertubuhan

22 - 23 PHP 01/01/04 - Kursus PHP & MySQL Makmal Teknikal Pertubuhan

17 - 21 ASP 01/01/04 - Kursus Active Server Pages - Kelas Malam Makmal Pertubuhan

15 - 16 PCR 01/01/04 - Kursus Membaikpulih dan Membaiki Komputer Makmal Teknikal Pertubuhan

15 - 16 INT 01/01/04 - Kursus Pengenalan Kepada Linux Makmal Teknikal Pertubuhan

8 - 9 RED 01/01/04 - Kursus Linux Redhat Makmal Teknikal Pertubuhan

2003

Disember 2003
1 - 31 Tiada aktiviti utama untuk bulan Disember nil

November 2003
1 - 30 Tiada aktiviti utama untuk bulan November nil

Oktober 2003
31 Pelancaran Program Titian Ihsan Anggerik Lounge

1 - 31 Tiada aktiviti utama untuk bulan Oktober nil

September 2003
1 - 30 Tiada aktiviti utama untuk bulan September nil

Ogos 2003
1 - 31 Tiada aktiviti utama untuk bulan Ogos nil

Jun 2003

14 - 21 I-DOS '03 Bootcamp #2- Linux User Level 01/02/03 - Hujung Minggu Makmal Teknikal Pertubuhan

9 - 13 I-DOS '03 Bootcamp #1- Linux User Level 01/02/03 - Kelas Malam Makmal Teknikal Pertubuhan

Mei 2003

31/05 - 1/06 Kursus Membaikpulih dan Membaiki Komputer 02/01/03 Makmal Teknikal Pertubuhan

24 - 25 Kursus Unix & Linux - Linux Redhat 03/01/03 Makmal Teknikal Pertubuhan

Mac 2003

1 - 2 Kursus Pembangunan Aplikasi Web - ASP 01/01/03 The Aquarium, Makmal Pertubuhan

Februari 2003

22 - 23 Kursus Membaikpulih & Membaiki Komputer The Aquarium, Makmal Pertubuhan

15 Kelas OOAD - Java The Aquarium, Makmal Pertubuhan

9 Bengkel Pemasangan Redhat Linux - Sesi Pagi Meteor Technology, Serdang

9 Bengkel Pemasangan Redhat Linux - Sesi Petang Meteor Technology, Serdang

8 - 9 Kursus Pembangunan Aplikasi Web - PHP 01/01/03 Makmal Teknikal Pertubuhan

Januari 2003
8 Penjumpaan Linux Dan OSS Makmal MYSIG

2002

Disember 2002
23 - 27 Program Jurutera Komputer Muda Makmal Komputer, Meteor Tech. Serdang

November 2002
23 - 24 Kursus Kemahiran ASP 01/02/02 - Ditangguhkan Makmal Teknikal Pertubuhan

16 - 17 Kursus Kemahiran ASP 03/01/02 - Ditangguhkan makmal Teknikal Pertubuhan

5 - 30 Tiada Aktivit Utama pada Bulan November Tiada

2 - 3 Kursus Linux Redhat 02/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

Oktober 2002

26 Bengkel Pengenalan dan Peluang dalam Linux Lab 1, Open University Malaysia (OU Malaysia), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

26 - 27 Kursus Unix & Linux - Linux Redhat 01/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

19 - 20 Kursus Unix & Linux - Linux Mandrake 01/02/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

12 - 13 Kursus Unix & Linux - Linux Mandrake 03/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

5 - 6 Kursus Aplikasi Multimedia - Authorware 01/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

September 2002
28 - 29 Kursus XML 01/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

23 - 27 Kursus Persediaan Linux Profesional Institute 101 Exam ( LPI101) Makmal 1, Universiti Terbuka Malaysia

21 - 22 Kursus Director & Lingo 01/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

Ogos 2002
17 - 18 Program Komuniti & Riadah di Port Dickson Kolej Uniti , Port Dickson

2 - 5 Kursus Latihan Kemahiran ASP 02/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

Julai 2002
26 - 29 Kursus latihan Kemahiran PHP 02/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

19 - 22 Kursus Latihan Kemahiran Linux 02/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

12 - 15 Kursus Latihan Kemahiran Linux 01/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

5 - 7 Kursus Latihan Kemahiran Teknikal - Network Security 01/01/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

Jun 2002
27 Mesyuarat Pertama Projek Raven Bilik Seminar Pertubuhan Pakar ITC Malaysia

20 - 26 Latihan Kemahiran Teknikal -LAN 01/02/02 Makmal Teknikal Pertubuhan

15 - 16 Kursus Pembangunan Aplikasi Web - PHP 01/01/02 Makmal Teknikall Pertubuhan

Mei 2002
29/05 - 7/06 Kursus Latihan Kemahiran ASP Makmal Teknikal Pertubuhan

18 Taklimat Koordinator Program Latihan Bilik Kuliah Pertubuhan

April 2002
15/04 - 15/10 Kursus Kejuruteraan Sistem Komputer Bilik Gerakan Pertubuhan

Januari 2002
16 Live Teleconferencing Seminar on KAIZEN MANAGEMENT K Lumpur, Johor Bahru, Penang & Kuching

13 Mesyuarat AhliJawatankuasa Penaja Pusat Maklumat Mysig

2001

Disember 2001
30 Mesyuarat Jawatankuasa Penaja MySiG Bilik Mesyuarat Pertubuhan

November 2001
30 Majlis Berbuka Puasa, AJK MySiG Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur


Soalan-soalan Lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM


Apakah aktiviti MySIG?
Menjalankan sebarang aktiviti yang boleh mengembangkan ICT di Malaysia. Aktiviti utama adalah menjalankan latihan kemahiran ICT dan menjalankan R&D ICT untuk ahli-ahli.


Apakah kursus yang dilaksanakan?
Kursus dan latihan dipecahkan kepada 2 iaitu kursus panjang dan kursus pendek. Kursus panjang menawarkan sijil yang diiktiraf kerajaan yang mengambil masa 3 sehingga 6 bulan untuk dilaksanakan. Kursus pendek pula dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada R&D. Pertubuhan akan menjalankan aktiviti sekerap mungkin sekiranya sambutan yang baik.


Berapakah bayaran yang dikenakan untuk menyertai kursus?
Bayaran adalah berbeza-beza mengikut kandungan dan intensiti kursus.


Bagaimana untuk memohon untuk menyertai kursus?
Borang permohonan boleh dimuat turun dari portal MySIG. Borang ini hendaklah dicetak, diisi dan ditandatangani seterusnya difaksimilikan kepada Sekretariat.


Di manakah lokasi Sekretariat?
Maklumat boleh didapati di link Sekretariat. Sila hubungi alamat dan nombor telefon sekiranya terdapat sebarang masalah.


Siapa disebalik Sekretariat MySIG?
Sekretariat dianggotai oleh 10 orang sukarelawan dan sukarelawati untuk menjadi pengurusan MySIG. Setiap ahli boleh menyertai Sekretariat dan keahlian Sekretariat adalah terbuka. Kebanyakan ahli Sekretariat berkhidmat secara separuh masa.


Apakah kelebihan menjadi ahli Mysig?
Dari semasa ke semasa, pertubuhan sentiasa cuba meningkatkan faedah dan manfaat yang boleh diperolehi dengan menyertai pertubuhan. Sehingga kini, pertubuhan telah berjaya mendapatkan sokongan dan penajaan bagi membolehkan pertubuhan menjalankan aktiviti yang dirancang. Selain itu, ahli pertubuhan juga boleh mendapatkan diskaun bagi setiap aktiviti atau kemudahan seperti makmal, buku dan web hosting.

Misi

MISI

Menjana pakar–pakar ICT yang berkemahiran dalam bidang ICT untuk memenuhi keperluan tenaga mahir menjelang tahun 2020 dengan meningkatkan penguasaan kepakaran ilmu ICT melalui konsep perkongsian pintar.

Mempelbagaikan kemahiran ICT melalui kaedah penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghadapi saingan global yang mampu menyumbang kepada peningkatan ICT negara.

Meningkatkan taraf ICT negara melalui aktiviti seperti latihan dan kursus yang membuka peluang kepada pengkayaan dan peningkatan kemahiran.

Aktiviti-aktiviti MySIG

PROFIL PERTUBUHAN

Aktiviti-aktiviti MySIG

15/04/2002 - 15/10/2002
Kursus Kemahiran Teknikal Sistem Komputer Siri 1

27/07/2002 - 28/07/2002
Kursus PHP 02/01/02

17/08/2002 - 18/08/2002
Kursus Linux Mandrake di PD 1

17/08/2002 - 18/08/2002
Malam Silaturahim dan BBQ

17/08/2002 - 18/08/2002
Kursus Linux Mandrake di PD 2

21/09/2002 - 22/09/2002
Kursus Kemahiran Director & Lingo 01/01/02

12/10/2002 - 13/10/2002
Kursus Linux Mandrake 03/01/02

26/10/2002 - 03/11/2002
Kursus Linux Redhat 01/01/02 & 02/01/02

26/10/2002
Bengkel Pengenalan Kepada Linux

23/12/2002 - 27/12/2002
Program Jurutera Komputer Muda

08/02/2003 - 09/02/2003
Kursus Kemahiran Pembangunan Aplikasi Web-PHP 01/01/03

09/02/2003
Peta Ke Meteor Serdang

30/03/2003
Sekretariat bergotong-royong membuat papan tanda

30/03/2003
Lagi gambar sekretariat dan papan tanda

15/05/2004 - 16/05/2004
INT 01/01/04 - Kursus Pengenalan Kepada Linux

22/05/2004 - 23/05/2004
PCR 01/01/04 Kursus Membaikpulih & Membaiki PC

29/05/2004 - 30/05/2004
RED 01/02/04 Kursus Linux Fedora - Networking

05/06/2004 - 06/06/2004
PHP 01/01/04 Kursus PHP & MySQL

23/06/2004 - 24/06/2004
Program Sumber Terbuka Jelajah Malaysia, Ipoh

Sekretariat MySIG

PROFIL PERTUBUHAN

Sekretariat MySIG

Suatu Jawatankuasa Kerja Pertubuhan telah diwujudkan yang disebut sebagai Sekretariat yang bertujuan sebagai suatu badan yang memastikan perjalanan aktiviti pertubuhan. Berbeza dengan Pegawai Pertubuhan, Sekretariat merupakan mereka yang terlibat secara sukarela dalam melaksanakan aktitiviti yang dirancangkan mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Sehingga kini, Sekretariat dianggotai oleh 10 orang sukarelawan dan sukarelawati yang sentiasa membantu menjayakan aktiviti pertubuhan. Keanggotaan Sekretariat adalah terbuka kepada semua dan anda dialu-alukan untuk menyertainya.

Sekretariat juga merupakan sayap utama pertubuhan untuk menajayakan sesuatu aktiviti. Mereka juga terlibat secara langsung untuk memberi kefahaman dan merupakan suara utama pertubuhan. Sekretariat boleh dihubungi melalui email

Carta Jawatankuasa Pertubuhan

PROFIL PERTUBUHAN

Carta Jawatankuasa Pertubuhan
Organisasi telah dibentuk dengan persetujuan oleh pelbagai pihak yang bertindak sebagai Jawatankuasa yang juga disebut Pegawai Pertubuhan yang dilantik melalui Mesyuarat Agung.

Presiden 

Timbalan Presiden 

Setiausaha Agung 

Penolong Setiausaha Agung 

Bendahari Kehormat 

2 orang ahli Jawatankuasa Biasa

Setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli jawatankuasa negeri yang akan mewakili negeri masing-masing. Jawatankuasa tersebut akan melaksanakan tanggungjawab yang telah termaktub didalam perlembagaan pertubuhan. Jawatankuasa boleh dihubungi melalui

Keahlian dan Penyertaan

PROFIL PERTUBUHAN

Keahlian dan Penyertaan
Sama juga dengan pertubuhan atau persatuan lain, penyertaan aktiviti seperti ini tiada paksaan. Penyertaan adalah terbuka mengikut syarat2 yang ditetapkan. Kebanyakan ahli menyertai Mysig untuk membolehkan mereka mendapatkan satu platform utk berinteraksi dan membolehkan mereka menyertai aktiviti dengan mudah. No pendaftaran pertubuhan digunakan untuk urusan pentadbiran pertubuhan dan sebagai bukti kesahihan ahli tersebut.nya diberikan :

1. Keutamaan untuk menyertai aktiviti
2. Diskaun terhadap aktiviti yang melibatkan kos tinggi seperti menduduki MSCE atau LPI
3. Platform berpersatuan dalam menjalankan aktiviti virtual

Sekali imbas , memang tiada ada kelebihan, tetapi sehingga kini keahlian semakin meningkat dari sehari ke sehari. Pertubuhan juga mengharapkan bantuan dan sumbangan dari ahli untuk memberikan lebih kelebihan kepada ahli.

Sekiranya anda ingin menyertai pertubuhan, sila pastikan status anda untuk memilih keahlian yang betul : 

Ahli Pertubuhan - Panel Pakar
Memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Rakyat Malaysia
2. Berumur 23 tahun ke atas
3. Mempunyai kelulusan akademik dalam bidang ICT sama ada sijil, diploma atau peringkat yang lebih tinggi lagi ATAU
4. Mempunyai sijil kursus ICT professional yang diiktiraf oleh kerajaan atau industri
5. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya setahun dalam bidang ICT khusus ATAU
6. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam pelbagai bidang ICT

Ahli Pertubuhan - Ahli Mysig
Ditujukan kepada mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat keahlian diatas. Mereka ini juga dipanggil ahli bersekutu

Yuran Penyertaan
Bayaran masuk dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk/pendaftaran : RM 15 ( sekali bayar sahaja )
Bayaran tahunan : Rm 50 ( dibayar setiap tahun )

Borang Penyertaan
Borang penyertaan boleh didapatkan di pejabat pertubuhan atau muat turun dari laman web rasmi pertubuhan. Dapatkan borang keahlian yang betul.Borang tersebut hendaklah diisi dan DITANDATANGANI dan difaxkan, atau diposkan (jangan emailkan) ke alamat pertubuhan beserta dengan wang yuran pendaftaran dan yuran tahunan. Sila dapatkan resit pembayaran dari pihak Sekretariat. Pembayaran juga boleh dibuat samada tunai, cek atau sebarang pembayaran lain yang memudahkan seperti perkhidmatan perbankan Maybank2u.Pembayaran boleh dibuat melalui direct bank in , perkhidmatan fund transfer, Maybank2U atau datang sendiri ke pejabat pertubuhan. Pembayaran hendaklah dibuat di atas nama akaun pengamanah Penama akaun : No Akaun : Bank :

Sebarang soalan, pertanyaan atau kemusykilan bolehlah diajukan kepada pihak Sekretariat