Sunday, April 26, 2009

Aktiviti-aktiviti MySIG

PROFIL PERTUBUHAN

Aktiviti-aktiviti MySIG

15/04/2002 - 15/10/2002
Kursus Kemahiran Teknikal Sistem Komputer Siri 1

27/07/2002 - 28/07/2002
Kursus PHP 02/01/02

17/08/2002 - 18/08/2002
Kursus Linux Mandrake di PD 1

17/08/2002 - 18/08/2002
Malam Silaturahim dan BBQ

17/08/2002 - 18/08/2002
Kursus Linux Mandrake di PD 2

21/09/2002 - 22/09/2002
Kursus Kemahiran Director & Lingo 01/01/02

12/10/2002 - 13/10/2002
Kursus Linux Mandrake 03/01/02

26/10/2002 - 03/11/2002
Kursus Linux Redhat 01/01/02 & 02/01/02

26/10/2002
Bengkel Pengenalan Kepada Linux

23/12/2002 - 27/12/2002
Program Jurutera Komputer Muda

08/02/2003 - 09/02/2003
Kursus Kemahiran Pembangunan Aplikasi Web-PHP 01/01/03

09/02/2003
Peta Ke Meteor Serdang

30/03/2003
Sekretariat bergotong-royong membuat papan tanda

30/03/2003
Lagi gambar sekretariat dan papan tanda

15/05/2004 - 16/05/2004
INT 01/01/04 - Kursus Pengenalan Kepada Linux

22/05/2004 - 23/05/2004
PCR 01/01/04 Kursus Membaikpulih & Membaiki PC

29/05/2004 - 30/05/2004
RED 01/02/04 Kursus Linux Fedora - Networking

05/06/2004 - 06/06/2004
PHP 01/01/04 Kursus PHP & MySQL

23/06/2004 - 24/06/2004
Program Sumber Terbuka Jelajah Malaysia, Ipoh

Sekretariat MySIG

PROFIL PERTUBUHAN

Sekretariat MySIG

Suatu Jawatankuasa Kerja Pertubuhan telah diwujudkan yang disebut sebagai Sekretariat yang bertujuan sebagai suatu badan yang memastikan perjalanan aktiviti pertubuhan. Berbeza dengan Pegawai Pertubuhan, Sekretariat merupakan mereka yang terlibat secara sukarela dalam melaksanakan aktitiviti yang dirancangkan mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Sehingga kini, Sekretariat dianggotai oleh 10 orang sukarelawan dan sukarelawati yang sentiasa membantu menjayakan aktiviti pertubuhan. Keanggotaan Sekretariat adalah terbuka kepada semua dan anda dialu-alukan untuk menyertainya.

Sekretariat juga merupakan sayap utama pertubuhan untuk menajayakan sesuatu aktiviti. Mereka juga terlibat secara langsung untuk memberi kefahaman dan merupakan suara utama pertubuhan. Sekretariat boleh dihubungi melalui email

Carta Jawatankuasa Pertubuhan

PROFIL PERTUBUHAN

Carta Jawatankuasa Pertubuhan
Organisasi telah dibentuk dengan persetujuan oleh pelbagai pihak yang bertindak sebagai Jawatankuasa yang juga disebut Pegawai Pertubuhan yang dilantik melalui Mesyuarat Agung.

Presiden 

Timbalan Presiden 

Setiausaha Agung 

Penolong Setiausaha Agung 

Bendahari Kehormat 

2 orang ahli Jawatankuasa Biasa

Setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli jawatankuasa negeri yang akan mewakili negeri masing-masing. Jawatankuasa tersebut akan melaksanakan tanggungjawab yang telah termaktub didalam perlembagaan pertubuhan. Jawatankuasa boleh dihubungi melalui

Keahlian dan Penyertaan

PROFIL PERTUBUHAN

Keahlian dan Penyertaan
Sama juga dengan pertubuhan atau persatuan lain, penyertaan aktiviti seperti ini tiada paksaan. Penyertaan adalah terbuka mengikut syarat2 yang ditetapkan. Kebanyakan ahli menyertai Mysig untuk membolehkan mereka mendapatkan satu platform utk berinteraksi dan membolehkan mereka menyertai aktiviti dengan mudah. No pendaftaran pertubuhan digunakan untuk urusan pentadbiran pertubuhan dan sebagai bukti kesahihan ahli tersebut.nya diberikan :

1. Keutamaan untuk menyertai aktiviti
2. Diskaun terhadap aktiviti yang melibatkan kos tinggi seperti menduduki MSCE atau LPI
3. Platform berpersatuan dalam menjalankan aktiviti virtual

Sekali imbas , memang tiada ada kelebihan, tetapi sehingga kini keahlian semakin meningkat dari sehari ke sehari. Pertubuhan juga mengharapkan bantuan dan sumbangan dari ahli untuk memberikan lebih kelebihan kepada ahli.

Sekiranya anda ingin menyertai pertubuhan, sila pastikan status anda untuk memilih keahlian yang betul : 

Ahli Pertubuhan - Panel Pakar
Memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Rakyat Malaysia
2. Berumur 23 tahun ke atas
3. Mempunyai kelulusan akademik dalam bidang ICT sama ada sijil, diploma atau peringkat yang lebih tinggi lagi ATAU
4. Mempunyai sijil kursus ICT professional yang diiktiraf oleh kerajaan atau industri
5. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya setahun dalam bidang ICT khusus ATAU
6. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam pelbagai bidang ICT

Ahli Pertubuhan - Ahli Mysig
Ditujukan kepada mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat keahlian diatas. Mereka ini juga dipanggil ahli bersekutu

Yuran Penyertaan
Bayaran masuk dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk/pendaftaran : RM 15 ( sekali bayar sahaja )
Bayaran tahunan : Rm 50 ( dibayar setiap tahun )

Borang Penyertaan
Borang penyertaan boleh didapatkan di pejabat pertubuhan atau muat turun dari laman web rasmi pertubuhan. Dapatkan borang keahlian yang betul.Borang tersebut hendaklah diisi dan DITANDATANGANI dan difaxkan, atau diposkan (jangan emailkan) ke alamat pertubuhan beserta dengan wang yuran pendaftaran dan yuran tahunan. Sila dapatkan resit pembayaran dari pihak Sekretariat. Pembayaran juga boleh dibuat samada tunai, cek atau sebarang pembayaran lain yang memudahkan seperti perkhidmatan perbankan Maybank2u.Pembayaran boleh dibuat melalui direct bank in , perkhidmatan fund transfer, Maybank2U atau datang sendiri ke pejabat pertubuhan. Pembayaran hendaklah dibuat di atas nama akaun pengamanah Penama akaun : No Akaun : Bank :

Sebarang soalan, pertanyaan atau kemusykilan bolehlah diajukan kepada pihak Sekretariat

Pengenalan Logo Dan Motto MySIG


PROFIL PERTUBUHAN

Pengenalan Logo Dan Motto MySIG
Logo ini telah dicipta oleh salah seorang ahli pertubuhan, Saudara Rozinor untuk memberi satu gambaran secara simbolik mengenai pertubuhan

3 warna utama Biru, Merah dan Kuning merupakan warna rasmi yang terdapat pada Jalur Gemilang selaras dengan status pertubuhan sebagai Pertubuhan berstatus nasional

Gabungan perkataan Mysig yang dijadikan dasar logo merupakan kesinambungan dari perkumpulan iktisas dalam bidang ICT yang mempunyai suatu minat yang sama.

Imej manusia yang membentuk huruf ‘Y’ merupakan suatu gambaran bawah sesuatu kejayaan adalah bermula dari bawah dan akan berkembang mekar dengan panduan akal fikiran dan ditunjangi oleh keimanan.

Menjana Komuniti Teknologi

Motto Pertubuhan adalah ‘Menjana Komuniti Teknologi‘ dipilih diatas dasar keserasian matlamat pertubuhan. Motto tersebut membawa maksud menghasilkan masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang teknologi yang serba luas.

Sijil Pendaftaran Pertubuhan
Diperolehi selepas kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 10 Julai 2002. Nombor pendaftaran pertubuhan adalah 876. 

Perlembagaan MySIG

PROFIL PERTUBUHAN

Perlembagaan MySIG

Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh pihak berkenaan sebagai suatu landasan atau asas untuk sebarang pergerakan pertubuhan. Perlembagaan ini juga telah beberapa kali diubah dan ditambah untuk memastikan perjalanan pertubuhan yang lancar dan tidak lari dari matlamat asal pertubuhan. Antara isi penting perlembagaan adalah seperti berikut :

Fasal 1 .. NAMA 
Fasal 2 .. TEMPAT URUSAN 
Fasal 3 .. MATLAMAT PERTUBUHAN 
Fasal 4 .. KEAHLIAN 
Fasal 5 .. BAYARAN MASUK DAN YURAN BAYARAN LAIN 
Fasal 6 .. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 
Fasal 7 .. MESYUARAT AGUNG 
Fasal 8 .. JAWATANKUASA 
Fasal 9 .. KEWAJIPAN - KEWAJIPAN 
Fasal 10 .. KEWANGAN 
Fasal 11 .. PEMERIKSA KIRA-KIRA 
Fasal 12 .. PENGAMANAH 
Fasal 13 .. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 
Fasal 14 .. PENASIHAT / PENAUNG 
Fasal 15 .. LARANGAN 
Fasal 16 .. PINDAAN UNDANG-UNDANG 
Fasal 17 .. PEMBUBARAN

Secara keseluruhan perlembagaan atau undang-undang tubuh ini termktub sebagai garis panduan guna pakai untuk sebarang aktiviti pertubuhan. Diatas sebab-sebab tertentu, perlembagaan ini tidak boleh dipaparkan dilaman web untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Setiap ahli berhak untuk melihat perlembagaan dan boleh berbuat demikian dengan datang sendiri ke Pejabat Urusan Pertubuhan atau permohonan secara online.

Sejarah Dan Aktiviti Pertubuhan





PROFIL PERTUBUHAN

Aktiviti Pertubuhan

Dari sebuah komuniti maya pada awalnya, menimbulkan suatu inisiatif dikalangan ahlinya untuk mencari platform yang tepat untuk bergerak dengan lebih aktif. Oleh itu suatu Jawatankuasa Penubuhan telah diwujudkan pada bulan September 2001 untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa untuk mendaftarkan pertubuhan yang akan melibatkan individu yang terlibat dalam industri ICT. Inisiatif ini diambil diatas suatu kesedaran dimana tiada suatu badan yang boleh membantu meningkatkan kemahiran dan mengiktiraf kemampuan insan dalam bidang ini. 

Hari demi hari, pelbagai idea diberikan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan aktiviti pertubuhan. Sungguhpun begitu, dengan dana dan kakitangan yang terhad, beberapa aktiviti telah dijadikan keutamaan.

Kursus & Latihan Teknikal

Antara aktviti utama adalah mengadakan kelas latihan teknikal dengan menjemput panel pakar untuk mengendalikan kursus-kursus. Aktiviti pertubuhan terbuka kepada semua dengan keutamaan diberikan kepada ahli pertubuhan. Aktiviti ini biasanya dilaksanakan pada hujung minggu dengan kekerapan 2 kali sebulan.

Majlis Silaturahim & BBQ

Bagi mewujudkan suasana yang lebih mesra diantara ahli-ahli pertubuhan aktiviti riadah seperti ini dilaksanakan walau pun jarang dilaksanakan.

Program Kerjasama Sekolah

Untuk mewujudkan barisan pelapis dalam teknologi maklumat yang berkemahiran. Kerjasama sangat dialu-alukan dengan sentiasa merapatkan diri dengan golongan pelajar sekolah.